Digital Art VS Graphic Design
Pada minggu pertama, kami telah diberi tugasan oleh Dr. Wani untuk mencari perbezaan diantara Digital Art dan Graphic Design.
Digital Art
Seni digital atau juga dikenali dengan Digital art merupakan suatu hasil seni yang dicipta menggunakan komputer secara sepenuhnya. Dalam erti kata lain hampir keseluruhan penghasilan sesebuah rekaan atau karya tersebut adalah mengunaakan komputer. Bagi kata mudahnya seni komputer dan juga seni multimedia diletakkan dalam bawah satu payung yang sama. Perincian mengenai digital art ianya lebih kepada suatu media baru digunakan selain daripada lukisan, catan dan sebagainya. pada asalnya digital art merupakan suatu bidang seni baharu yang mengabungkan seni komputer dan seni multimedia dalam mempersembahkan hasil karya dan juga sebagai suatu proses penghasilan yang kreatif.

Grafik merupakan suatu media utama ang sangat popular digunakan bagi memaparkan suatu paparan multimedia. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka grafik memberi maksud dimana ianya menunjukkan sebuah lukisan atau ukiran. Dalam konteks ini garfik itu jelas menunjukkan sesuatu medium yang digunakan bagi menyampaikan maklumat yang bukan mementingkan sesuatu keindahan dan hasilan seni bina yang menarik dalam penghasilan sesuatu reka grafik tersebut.
Graphic Design
Reka bentuk grafik atau dikenali dengan Graphic Design ialah merupakan satu komunikasi visual yang digunakan untuk berkomunikasi dan menyelasikan masalah secara tipografi, fotografi dan ilutrasi. reka bentuk grafik secara umumnya merupakan satu bidang seni visual yang dimana membolehkan pereka grafik itu membuat sesuatu olahan simbol, mesej dan teks untuk membentuk gambaran visual idea dan mesej. lazimnya kegunaan reka bentuk grafik adalah untuk reka bnetuk korporat iaitu prose menghasilkan logo dan penjenamaan, Reka bentuk Editorial bagi penghasilan majalah, surat khabar dan juga buku. Apa yang memberi perbezaan antara Digital Art dan Graphic Design ialah dari segi penggunaan aplikasi atau pun “apps” yang digunakan dalam pengolahan sesuatu karya atau medium yang digunakan bertujuan menghasilkan seni semata-mata. Misalnya, digital art lebih kepada cara seseorang itu menyampaikan sesuatu estetika dalam sesuatu nilai seni itu sendiri. Berbanding dengan Graphic Design lebih kepada kesempurnaan sesuatu reka bentuk itu sendiri dan juga mempunyai kumpulan sasaran yang diinginkan malahan penggunaannya lebih meluas dalam menghasilkan karya iaitu bagi maksud yang lebih jelas ianya bukan sahaja menghasilkan seni malah memberi maklumat bergunakan kepada masyarakat setempat.

Kesimpulannnya, digital art dan reka bentuk grafik tidak nampak begitu jauh perbezaannya. Hal ini demikian kerana digital art itu lebih meluas dalam penghasilan sesuatu karya. Penggunaan kedua-dua bidang tersebut membawa kepada suatu proses yang agak sama.